Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran
by ENSAIKLOPEDIA
PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, October 19, 2010 at 4:08am
a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya
dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.
Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada
gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu
menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.
b) Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan
diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa
memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari)
untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu
yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda
kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin
hafal.
e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang
menyarankan agar hafalan bermula dengan lima
juzu' terakhir ( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya).
f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar
membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah
pula ingat sebahagiannya.
g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan
dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita
masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah
menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita
masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.
h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat
sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun
pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah
lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment